info about harta dan iman

ada harta, tiada iman=disko,judi,arak..

tiada harta, ada iman=sabar, redha, usaha lagi..

tiada harta, tiada iman=rompak,jenayah,ragut....
...
ada harta, ada iman=jimat,sedekah,zakat....

Posted in | 0 comments

CANTIKNYA LELAKI .... HEBATNYA WANITA

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????



Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-



1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.



2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.



3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.



4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.



5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.



6) Lelaki yang tak pernah putus asa.



Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…



Dan dimana Kegagahan Wanita???



Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-



1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.



2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.



3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.



4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.



Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.



Sabda Rasulullah SAW:



“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”



Surah Al-Ahzab : Ayat 71



“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Posted in Labels: | 0 comments

satu cabaran

Jangan mengeluh kerana kesusahan, anggap itu satu cabaran. Menghadapi kesusahan itu lah bayaran, untuk menempah cerahnya masa depan - SN

Posted in | 0 comments