Berdebar dan teruja
Posted On Wednesday, July 2, 2008 at at 7:58 AM by jai
Hmm.. berdebar dan teruja berlaku dalam masa yang sama pabila menjejakkan kakiku di Sek. Keb. Bukit Raya. Langkah ini, yang tersusun segera ke pejabat sekolah. Sebagai guru pelatih yang bakal menjalani praktikum selama 3 bulan, saya dan rakan, Siti Mun segera melaporkan diri dengan guru besar.
Serba sedikit taklimat dan pesanan azimat diberikan oleh puan guru besar kepada kami berempat (saya, Siti Mun dan 2 guru pelatih pemulihan, Hanif dan ...hehehehe.. sorry x ingat..)
Hari pertama memang penuh dengan kejutan. Kelas-kelas pendidikan mempunyai blok sendiri, satu tingkat sahaja dan hanya sesuai dibuat 2 atau 3 kelas jika untuk kelas pelajar aliran perdana, tetapi, blok pendidikan khas ini mempunyai 7 kelas. Dengan keadaan agak sempit ini, setiap kelas dihuni lebih kurang 9 orang pelajar. Kelas juga tiada ruang untuk aktiviti.
Sedikit maklumat sekolah:
- +/- 600 pelajar
- 89 pelajar pendidikan khas
- 19 orang guru pendidikan khas
- 5 PPM (Pembantu Pengurusan Murid), PPM ini hanya untuk PKBP sahaja (Pendidikan Khas - Bermasalah Pembelajaran)
Kaki pun melangkah turun dari pejabat dan terus ke blok PKBP. Hmm,... rasa sangat teruja. PK Khas, En. Ramlan memberi taklimat sedikit sebanyak dan memberi kebebasan kepada kami untuk berada di mana-mana kelas. Beliau mengesyorkan kami cuba di kelas PK6. Kesemua dalam kelas ini adalah ADHD.. jenis hiperaktif... Memang terkejut.. sebab bagaikan atom tak stabil.. tak leh duk diam diaorang ni.. tapi ada satu yang jai kagum.. pelajar ini bernama Hanim. Keluarga pure melayu.. bahasa yang diguna dalam keluarga pun bahasa melayu.. tapi yang pelik bin ajaibnya, Hanim ni pandai cakap bahasa Inggeris! Memang, semua guru-guru berkomunikasi ngan Hanim ni dengan bahasa Inggeris lah. Bila diselidik, baru tau... rupa2nya dia pandai sebab banyak tengok kartun kat TV.
Hmm... bila difikirkan bagus juga kartun ni.. kita patutnya ambil kesempatan keatas minat kanak-kanak ni dan gunakan kartun sebagai medium menyampaikan P&P.
Hari ke dua.
Jai dan Siti Mun melawat kelas atas. PK1, 2 dan 3. Jumpa Aiman... Karaktor Aiman dan gigi depannya (cute sgt).. sama macam cousin Jai, Mustaqim. Kelas PK 1,2 dan 3 ni kira boleh la ditumpukan lebih akademik. Kelas lain pula ditumpukan lebih kepada terapi dan surviving skills terutama kemahiran pengurusan diri.
Rasa terharu mengusik hati melihat wajah-wajah ibu bapa pelajar khas ini... Jai dapat lihat.. wajah yang penuh kasih sayang... yang penuh harapan.. harapan yang lebih daripada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang normal.
Mengajar dan mendidik anak-anak syurga ini bukanlah mudah. yang kadang2 dipandang rendah dan remeh oleh sesetengah pihak. Sedangkan di hati Jai.. terasa takut yang amat.. takut tak tertunai tanggungjawab yang dah dipikul di bahu. Biarlah rezeki yang Jai dapat adalah halal. Jai akan cuba sebaik mungkin.. mencari jalan terbaik mengajar mereka.. kerana, setiap mereka pendekatan yang diguna adalah berlainan.
Kanak-kanak khas ni ikhlas, jujur dan sangat tulus dalam kehidupan mereka. Berada disamping mereka, kita boleh mempelajari banyak perkara mengenai kehidupan dan Penciptanya.
Hari ke 3.
Kelam kabut skit pagi tadi sebab motor buat hal dekat leasure mall.. pulun tolak motor, park kat maybank. cari teksi.. mula2 teksi x nak layan, tapi bila bagitau Jai dan Siti Mun ni cekgu, dia ok. sampai skolah dalam pukul 735 am. kenala dalam RM 5.70. dia x amik lebih walaupun lalu tol td.
Hari ni Jai membuat pemerhatian di kelas cikgu Rahim kat kelas 9. belajar tentang "bola"
Jadi guru ganti kat kelas 3. masa agama, jai buat Iqra' skit.
Balik lewat sbb ada koko. kami buat pengakap,permainan dalam dan main petong (patounge, ntah eja btul ker tak)
Thanks to chegu Faiz n Razali sbb sudi hantarkan kami ke moto yang tersadai sejak pagi tadi.. Sesudah repair moto, terus balik umah..
Ahhhh.. beratnya mata ini....
*** gambar dan apa yang diceritakan disini bukan untuk menjatuhkan air muka sesiapa, bukan untuk memalukan keluarga pelajar2 ini, tapi sekadar berkongsi perjalanan Jai sebagai seorang guru pendidikan khas. Supaya masyarakat menerima anak-anak syurga ini sebagai sebahagian dari komuniti.. bukannya memandang mereka seolah-olah mereka ini alien.