Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Chekgu Jai kat skolah baru



Buah hati Chekgu Jai skang ni..


Sorry lama x update blog.. Jai posting kat sk air merah. kulim awal tahun bulan lepas. Dan jai telah dengar berita, minggu depan jai kena tukar ke sk sri kulim utk buka kelas pendidikan khas di sana.. agak berdebar dan teruja.. jai dan seorang lagi guru akan bawa 6 orang murid dari sk air merah untuk ke sk sri kulim berdasarkan alamat mereka.. dan termasuklah yang sorang tu agak mencabar skit.. apa pun... jai sebenarnya dah syok kat sk air merah.. hubungan dgn guru2 n murid2 pun baik... bila nak kena tukar ni.. agak terkilan dan sedih gak.. tp x pa lah... demi sahut cabaran.. dan saya yang menurut perintah..! :)






Posted in Labels: , | 0 comments

Rindu pada mereka

Rusydi dan Shafik..


K. Jah yang bersara (Pakar Speech Therapy)
Gambar 2 burung ni di ambil dengan menggunakan kamera chekgu Iffah di Kuala Gula, cantik giler tempat ni.. kalo sempat Jai akan masukkan lagi gambar yang pernah diambil ketika kursus motivasi di sana.



From Sek. Keb. Pendidikan Khas Alor Star


Rindu pada mereka... terutama Rusydi dan sikecil molek ni.. x beberapa ingat nama dia.. hah... dah ingat dah... nama dia Fatin.. Nampak tak si Fatin tu buat sign butterfly? tu sebenarnya panggilan untuk Jai : chekgu "butterfly". Sebabnya.. masa jadi chekgu ganti kat sekolah tu.. (SPKP Alor Star) Jai gemar pakai keronsang bentuk rama-rama. Semua student Jai panggil Jai dengan nama tu.. sampai kan kalo lalu di depan kelas diaorang ja,.... terus diaorang semua buat sign tu..

From Sek. Keb. Pendidikan Khas Alor Star
candid Arif di Stadium Darulaman.. masa tu pergi menonton Pertandingan Pancaragam.

From Sek. Keb. Pendidikan Khas Alor Star
Creating excitment by using camera. Children really loves it!


Sekarang ni Jai dalam bidang pendidikan khas juga.. tapi memang Jai harap sangat Jai dapat posting kat SKPK yang cacat pendengaran punya.. sebab Jai suka belajar bahasa isyarat. Tapi kalau posting kat mana-mana pun, tak kisah.. yang penting Jai minta pada Allah s.w.t supaya pelihara niat Jai agar sentiasa ikhlas dalam mendidik mereka.


Jai di Kebun Sayuran Sekolah Kebangsaan Bukit Raya, Ulu Langat
Minggu depan dah nak habis praktikum.. cedehnya!

Jai sayang bebudak tu.. terutamanya Uzair (hari-hari bawa bekal hot dog.. suka mengusik), Adiba (what else to day... she's my sweet heart.. pepagi sembunyi belakang kereta sebelum dijumpai oleh chekgu dan bawa masuk kelas), Fatihah (she always make me calm), Kugan (my prince), Zuhair (my baby), Zarif (pendiam sesangat), Haris (suka nyanyi enjet enjet semut ngan dia), Sher Huey (nak buat sendiri..), Suhana (banyak belajar dengan dia tentang SD, terutama berkenaan dengan speech.. chekgu Jai : " A - Ayam" , Suhana: "A - Kokok"), Fahmi (our great drummer), Najihah (our little princess), Imran (Prince of blood, PBKP SKBR teacher knows what I mean), Hafizul Rahman (lembut jer orangnya), Arif (memang tak suka kelas jahitan, jerit teacher's name instead call us cikgu), Ze Hong (i tell my mom that u all kidnap me, u push me to eat, u all a terroris.. i shoot tu... bang,bang, bang.. .fuh.. blow the wind at gun; ni akibat tengok banyak cerita aksi ni), Yun Kong (our handsome boy.. ), Ayong (dah kawin sebab pakai inai), Kamalia (talented in sewing), Alif (car body designer), Umar (main game kriket dalam handset Chekgu), Faiz (our singger), Farhana (maxis), Farhani (celcom), Yang Nur Zulaikha (cepat belajar), Amirah (cepat lupa, tapi kalau ingat memang lama), Atikah (gonna miss our talk together), Shah Putra (i learn how to build confidence), Yi Jie (our great artist - chekgu admire lukisan awak), Sarif (yang hitam manis, hitam manis, pandang tak jemu, pandang tak jemu), Sharif (aaa.. apaa?? sweet smile), Fahmi 3 (excitement in the class that we create.. u really helpfull), dan Izwani (lukisan awak chekgu masih simpan).
Tidak dilupa juga murid dari kelas lain: Ji Min (pelukis karikatur), Cashwin (tiap-tiap hari main tembak-tembak), Mirza (cute boy), Fufu (bunga ros tanah liat yang awak bagi chekgu terpenyet.. maafkan chekgu), Law (2 kali kasi bunga), Rahim (misteri), Nasrul Haq (orang surat khabar), Rishi (pau-pau), dan ramai lagi... Chekgu gonna really miss you all..!


Posted in Labels: | 0 comments

Berdebar dan teruja






Hmm.. berdebar dan teruja berlaku dalam masa yang sama pabila menjejakkan kakiku di Sek. Keb. Bukit Raya. Langkah ini, yang tersusun segera ke pejabat sekolah. Sebagai guru pelatih yang bakal menjalani praktikum selama 3 bulan, saya dan rakan, Siti Mun segera melaporkan diri dengan guru besar.

Serba sedikit taklimat dan pesanan azimat diberikan oleh puan guru besar kepada kami berempat (saya, Siti Mun dan 2 guru pelatih pemulihan, Hanif dan ...hehehehe.. sorry x ingat..)

Hari pertama memang penuh dengan kejutan. Kelas-kelas pendidikan mempunyai blok sendiri, satu tingkat sahaja dan hanya sesuai dibuat 2 atau 3 kelas jika untuk kelas pelajar aliran perdana, tetapi, blok pendidikan khas ini mempunyai 7 kelas. Dengan keadaan agak sempit ini, setiap kelas dihuni lebih kurang 9 orang pelajar. Kelas juga tiada ruang untuk aktiviti.

Sedikit maklumat sekolah:
- +/- 600 pelajar
- 89 pelajar pendidikan khas
- 19 orang guru pendidikan khas
- 5 PPM (Pembantu Pengurusan Murid), PPM ini hanya untuk PKBP sahaja (Pendidikan Khas - Bermasalah Pembelajaran)


Kaki pun melangkah turun dari pejabat dan terus ke blok PKBP. Hmm,... rasa sangat teruja. PK Khas, En. Ramlan memberi taklimat sedikit sebanyak dan memberi kebebasan kepada kami untuk berada di mana-mana kelas. Beliau mengesyorkan kami cuba di kelas PK6. Kesemua dalam kelas ini adalah ADHD.. jenis hiperaktif... Memang terkejut.. sebab bagaikan atom tak stabil.. tak leh duk diam diaorang ni.. tapi ada satu yang jai kagum.. pelajar ini bernama Hanim. Keluarga pure melayu.. bahasa yang diguna dalam keluarga pun bahasa melayu.. tapi yang pelik bin ajaibnya, Hanim ni pandai cakap bahasa Inggeris! Memang, semua guru-guru berkomunikasi ngan Hanim ni dengan bahasa Inggeris lah. Bila diselidik, baru tau... rupa2nya dia pandai sebab banyak tengok kartun kat TV.

Hmm... bila difikirkan bagus juga kartun ni.. kita patutnya ambil kesempatan keatas minat kanak-kanak ni dan gunakan kartun sebagai medium menyampaikan P&P.

Hari ke dua.

Jai dan Siti Mun melawat kelas atas. PK1, 2 dan 3. Jumpa Aiman... Karaktor Aiman dan gigi depannya (cute sgt).. sama macam cousin Jai, Mustaqim. Kelas PK 1,2 dan 3 ni kira boleh la ditumpukan lebih akademik. Kelas lain pula ditumpukan lebih kepada terapi dan surviving skills terutama kemahiran pengurusan diri.

Rasa terharu mengusik hati melihat wajah-wajah ibu bapa pelajar khas ini... Jai dapat lihat.. wajah yang penuh kasih sayang... yang penuh harapan.. harapan yang lebih daripada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang normal.

Mengajar dan mendidik anak-anak syurga ini bukanlah mudah. yang kadang2 dipandang rendah dan remeh oleh sesetengah pihak. Sedangkan di hati Jai.. terasa takut yang amat.. takut tak tertunai tanggungjawab yang dah dipikul di bahu. Biarlah rezeki yang Jai dapat adalah halal. Jai akan cuba sebaik mungkin.. mencari jalan terbaik mengajar mereka.. kerana, setiap mereka pendekatan yang diguna adalah berlainan.

Kanak-kanak khas ni ikhlas, jujur dan sangat tulus dalam kehidupan mereka. Berada disamping mereka, kita boleh mempelajari banyak perkara mengenai kehidupan dan Penciptanya.


Hari ke 3.

Kelam kabut skit pagi tadi sebab motor buat hal dekat leasure mall.. pulun tolak motor, park kat maybank. cari teksi.. mula2 teksi x nak layan, tapi bila bagitau Jai dan Siti Mun ni cekgu, dia ok. sampai skolah dalam pukul 735 am. kenala dalam RM 5.70. dia x amik lebih walaupun lalu tol td.

Hari ni Jai membuat pemerhatian di kelas cikgu Rahim kat kelas 9. belajar tentang "bola"

Jadi guru ganti kat kelas 3. masa agama, jai buat Iqra' skit.

Balik lewat sbb ada koko. kami buat pengakap,permainan dalam dan main petong (patounge, ntah eja btul ker tak)

Thanks to chegu Faiz n Razali sbb sudi hantarkan kami ke moto yang tersadai sejak pagi tadi.. Sesudah repair moto, terus balik umah..

Ahhhh.. beratnya mata ini....



*** gambar dan apa yang diceritakan disini bukan untuk menjatuhkan air muka sesiapa, bukan untuk memalukan keluarga pelajar2 ini, tapi sekadar berkongsi perjalanan Jai sebagai seorang guru pendidikan khas. Supaya masyarakat menerima anak-anak syurga ini sebagai sebahagian dari komuniti.. bukannya memandang mereka seolah-olah mereka ini alien.

Posted in Labels: | 0 comments